games of those days

games of those days
sepak bulu ayam...i used to play this when i was young....days when i was staying in Kamunting, Taiping, Perak.

Sunday, August 7, 2011

Perjalananku dlm dunia agamaku

Tup, tap, tup, tap dah lbh krng 28 tahun ku berada dlm dunia agama Islam yg ku peluk sejak 1983.  Sepjg perjalananku dipenuhi pahit manis pengalaman & apa yg pasti, ku sentiasa merasa kehadiran Allah disisi perjalananku yg penuh dgn onak & duri.


Perjalananku bermula pada awal tahun 1983 di mana ku memeluk agama Islam di hadapan seorg kawan semaktabku disaksikan oleh sahabat kwnku itu.  Pada saat itu, ku digelar Norhidayati.....cahaya hidayah....moga begitu hendaknya sehingga akhir hayatku....amin.


Aku bermula dgn cara2 belajar sembhyng.  Pd permulaannya dgn hnya membuat perlakuan tunduk bangun tnpa bacaan apa2.  Aku diajar niat sembhyng dlm Bahasa Melayu.  Semua itu aku anggap sgt mudah krn tidak perlu ku membaca apa2 pn ayat dlm bahasa asing.  Lama kelamaan, setelah aku bergaul dgn kwn2 seIslam, aku mula belajar sedikit demi sedikit surah yg wajib dibaca dlam sembhyang & surah kecil.  Pada permulaan bacaan ku byk kesalahan.....tetapi Allah maha berkuasa....Dia telah memberiku kemampuan untuk memperbaiki bacaan ku....Syukur Alhamdulillah.


Setelah sekian lama....aku telah dpt menghabiskan bacaan Quran sebyk hanya 2 kali....tetapi masih dgn adanya bacaan yg tidak betul....=(....Ya Allah, perbetulkan lah lidahku, mudahkanlah ingatanku, baikilah kelemahanku....Amiiiiiin.


Aku bertekad utk memperbaiki lagi bacaanku....I will try my best supaya pada hari Allah memanggil ku kembali, aku harap usaha ku adalah kepuasan Illahi....moga begitu hendaknya..... Amiin.

Wednesday, August 3, 2011

Pecat kakitangan MAIS yg tk mesra dgn muallaf!!!!!

by Norhidayati Goh Abdullah on Wednesday, August 3, 2011 at 8:24pm
Petang tadi sempat ku bersembang2 dgn sorang muallaf yg baru berumur 3 bulan & ini adalah puasa beliau yg pertama.....MasyaAllah....ujian yg perlu dilalui......amat memalukan bagi segolongan kaum muslim lahiriah....Ya Allah....

Begini keluhannya bila Ain ke MAIS (Majlis Agama Islam Selangor):

Nur Ain: Bukankah Islam mengajurkan kita supaya sentiasa berprasangka baik nak nak pula orang yang terbuka hatinya untuk berjinak jinak dengan Islam (Muallaf),tetapi kesnya di KL@ Selangor yang saya tahu&pernah lalui sendiri,memang amat sukar untuk mendapatkan bantuan sebenarnya, nasib baik ada kumpulan @ individu yang membantu,kalau nak harapkan badan badan berwajib ni,bila kata tak ada rumah, bagi tempat tinggal ye, siap ada sediakan makanan untuk dimasak sendiri lagi dalan rumah tu,alhamdulillah,duit belanjanya mana? ingat Malaysia ni guna sistem barter ke? Tak perlu bantuan kewangan?Awak tahu ke life orang tu mcmana sebelum, komitmen dia dsbgnya wpun setelah bergelar Islam dia nak hijrah hidup baru.Semua tu kena fikir secara logiklah kan....

bukan nak kata apa, sesiapa yang nak ke badan berwajib ni untuk minta bantuan,mesti sediakan mental yang kuat, jangan jadi macam saya, mental tak kuat. pergi ke MAIS ambik berjam jam nak approve RM200 wang kecemasan yang cuma boleh di minta SEKALI SETAHUN sahaja.kemudian ke rumah perlindungan pula, orang yang patut jaga saudara baru cuma tau gossip saja...tak kena kat batang idung sendiri boleh lah komen macam macam pasal saya.huh! marah ni setiap kali teringat.....sedih!

It's okay lah sis Norhidayati Goh Abdullah ... Ain dah had enuff already. I prefer to seek help from individuals rather than these 'bodies' anymore.....nanti diorang sendiri jawab di akhirat.

Dahsyatnya perasaan Ain.....tapi tk pelik pun....memang benda ini berlaku dgn sikap buruk dlam diri individu yg digelar muslim & sanggup angkat tangan setinggi2nya bila ditanya siapa beragama Islam.....malah depa yg angkat tangan dahulu....MEMALUKAN AGAMA ISLAM YG SUCI!!!!
Kawan2ku.....masih ingat lagi peristiwa lbh kurang 10 tahn lepas? Sorang Indian muslim telah ke majlis agama Islam utk memohon bantuan kewangan & akhirnya kecewa krn diarah dr kaunter A ke Z tanpa mendapat bantuan itu. Lepas itu beliau telah berjumpa dgn sorang paderi yg tlh menghulurkan bantuan kpdnya & Indian muslim itu telah memberi anaknya pendidikan di sekolah paderi (missionary school).....Siapakah yg akan bertanggungjawab jika ditakdirkan Indian muslim ini menjadi kafir pd masa itu atau akan dtg (tk hairan jika berlaku) generasi dr Indian muslim ini menjadi kafir??????????

Minta jauh lah Ya Allah.....perliharalah keturunanku dr ujian sedemikian....amin

Peristiwa sedimikan wajib diberi perhatian serius dr pihak berkuasa agar tidak terus berlaku kerana PERBUATAN sedemikian boleh MENGONCANG IMAN sorang yg baru ke dunia agama Islam yg murni ini.