Pembuka ceritaku membawa seribu tinta sayu,
Hati terguris, air mata dibawa sang bayu,
Walau iman digoncang laju,
Namun tetap pendirian pegangan tak layu.
Pertama kali ku mendengar aduan dari adik Nurain Meow yg tinggal di K.Lumpur tentang bagaimana dia tidak diberi layanan apabila dia ke Majlis Agama Islam untuk memohon wang zakat untuk menampung keperluan kehidupannya di tengah kota yg sibuk & penuh dengan cabaran. Mulai saat dia membuat keputusan untuk menjadi muallaf baru di alam agama Islam yg suci ini, maka telah bermulalah detik2 cabaran yg hanya kaum muallaf sahaja yg akan memahaminya. Dan hari ini aku telah sempat membaca aduan Nurain tentang seorang muallaf baru yg lain yg sdng mengalami perkara yg sama seperti beliau. Jadi terdetik la di hati ku untuk berkongsi pengalaman dalam blog ini dgn harapan ada yg akan baca & membuat tindakan yg drastik tentang hal ini.
Untuk pengetahuan para pembaca, haruslah tuan2 & puan2 faham bhw untuk seseorang mengambil keputusan utk masuk Islam bukan satu perkara yg senang. Perbagai persoalan berlegar di dalam minda sehingga tidur tk lena, mandi tk basah & makan tk kenyang. Sengsaranya perasaan semasa keputusan hendak dibuat. Tetapi Allah Maha Agung, Dia lebih menyanyangi diri kita sendiri & Dia lah pemberi taufiq & hidayah kpd kami, kaum muallaf.
Saya ingin memberi sedikit pengetahuan berkaitan dengan budaya org cina bila anak sudah bekerja. Ada kewajiban kami bila sudah bekerja untuk memberi sedikit sebyk sumbangan bulanan untuk perbelanjaan ibu bapa kami. Kami dididik begitu rupa dari kecil, iaitu kami perlu mengingati jasa ibu bapa & perlihara mereka di hari tua esok. Jadi apabila seseorg yg berbangsa cina menganuti agama Islam, maka dgn sendirinya dia bukan sahaja dibebani dgn masalah kewangan utk berulang-alik ke pusat pengajian agamanya, malah dia juga dibebani dgn komitmen keluarga di mana komitmen ini sudah menjadi satu perkara yg "top priority" jika dibanding dgn seblm itu, yakni sebelum menganuti agama Islam; di mana sebelum ini jika muallaf yg masih seagama dgn keluarga boleh lagi memberi seribu alasan kpd ibu bapa pd waktu terhimpit & sudah tentu pd masa itu alasan mereka boleh diterima baik berbanding dengan waktu seseorg itu dlm keadaan sudah bertukar agama. Sebab itu adik Nurain Meow tersebut tentang "apa mereka (pegawai2 di majlis agama) ingat kita ni pegi belajar di pusat2 agama Islam pakai tuang air ke dalam tangki kereta kita ke??" Tambah beliau lagi, "mereka tk faham ke kita ada komitmen lain dgn family kita??"
Mengapa agaknya keluarga tidak benar & tidak suka anak2 mereka masuk Islam?? Ini adalah kerana mereka menganggap Islam adalah agama yg mundur & mereka yg masuk Islam akan hidup susah. Apakah ini imej yg dibawa oleh Islam selama ini?? Jika dibanding dengan cerita di awal coretan ini, memang betul lah. Apa tidaknya, pegawai2 di Majlis Agama Islam tersebut tidak hendak menolong atau mempermudahkan
urusan org baru dlm alam seagama mereka. Muallaf biasanya dilihat sebagai bangsa peminta sedekah. Teruk sekali persepsi ini. Ye, memang ada segolongan yg mengambil kesempatan, tetapi bukan kah tidak salah kalau mereka diberi bantuan utk mereka terus berada dalam iman dgn harapan sedikit bantuan yg dihulurkan itu dpt memantapkan iman mereka?? Apakah kita hendak melihat mereka dicaci oleh keluarga asal mereka & apakah kita memberi ruang kpd persepsi songsang keluarga asali mereka terhadap agama Islam yg suci ini??
Kepada mereka yg sempat membaca coretan ini, harapanku ialah baikilah sikap kita yg hanya bagaikan debu di depan mata Allah. Permudahkanlah urusan mereka yg sanggup tinggalkan keluarga & harta demi agama Islam yg suci ini, moga dgn itu kita dapat memartabatkan kedudukan agama yg indah ini.
Aku bersyukur kerana aku diIslamkan di bumi negeri Kelantan, Serambi Mekah ini kerana urusan aku cukup sempurna & kehadiranku di Majlis Agama Islam tidak merupakan pengalaman yg buruk untukku.
Akhirkata, apabila seseorang muallaf memohon bantuan, beri je lah. Permudahkan urusan mereka agar Allah mempermudahkan urusan kita...InsyaAllah. Janganlah sampai tahap mereka terpaksa meminta dgn pihak2 gereja atau kuil...siapa yang bersalah ketika itu?? Sama2 lah kita hayati kenyataan bahawa bermulanya detik seseorg itu mengambil keputusan utk menjadi muslim, dia telah dibuang oleh keluarganya & untuk menyambung balik talian kekeluargaan itu, mereka harus "membeli" hati keluarga mereka dengan pelbagai cara material, akademik, kejayaan hidup dsbnya. Untuk semua itu, maka adalah menjadi kewajiban bagi mereka yg berurusan dengan muallaf2 ini mempermudahkan urusan2 mereka dengan sehabis baik agar dgn itu iman muallaf2 ini akan mapan, mantap & berkembang dewasa.
"TANGAN YG MENGHULUR ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YG MENGAMBIL."
Moga para pembaca mendapat manafaat dari coretan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment