Salam, InsyaAllah saya akan memasukkan kelebihan Jumaat yang mempunyai banyak keberkatan di ruangan ini. t kasih kerana menjadi pembaca setia. Seperti diketahui, hari Jumaat ialah penghulu segala hari bagi umat-umat Islam. Diantara kelebihan jumaat ialah:
* Rasulullah s.a.w. menjelaskan fadhilat hari Jumaat, di antaranya: “Apabila seorang Muslim berdoa dan memohon sesuatu Kebaikan kepada Allah s.w.t. pada hari Jumaat, maka Allah s.w.t. memberikan apa yang dia minta.”
* ‘Abayah bin Rif’ah r.a. mengabarkan bahawa dia bertemu dengan Abu ‘Abbas ketika dia pergi ke Jumaat. Abu ‘Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah, nescaya diharamkan Allah baginya api neraka.” – Sahih Bukhari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment