games of those days

games of those days
sepak bulu ayam...i used to play this when i was young....days when i was staying in Kamunting, Taiping, Perak.

Wednesday, October 31, 2012

KHASIAT GARAM

Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui... Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindark an perut dari menyerap racun. Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka . .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan. Dari Abdullah Bin Umar ” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam” Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya . Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam . Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya: 1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut. 2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain. 3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki. 4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan 5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam. 6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. Petua berdasarkan kajian Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi). Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya. *Garam yang dimaksudkan diatas adalah garam yang asli. Bukan yang sudah diproses untuk tahan lama.

Wednesday, August 22, 2012

Fakta besar tentang Ka'bah yang cuba disembunyikan dunia

Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah) Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu - tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini. Istilah Ka'bah adalah bahasa al quran dari kata "ka'bu" yg bererti "mata kaki" atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg "Ka'bain" yg bererti 'dua mata kaki' dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah 'ka'bah' yang ertinya nyata "mata bumi" atau "sumbu bumi" atau kutub pusingan utara bumi. Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?." Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut. Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat. Makkah Pusat Bumi Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang. Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi. Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978). Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan. Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah. Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat. Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut: 'Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..' (Asy-Syura: 7) Kata 'Ummul Qura' berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata 'ibu' memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain. Makkah atau Greenwich Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu. Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat. Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, 'Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.' (Ar-Rahman: 33) Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata 'qutr' yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka'bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi) sumber cekdeh.com .......... http://penjualcendol.blogspot.com

Friday, June 29, 2012

KEAJAIBAN MATEMATIK : Matematik Dalam Solat

"Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit. Maksudnya? Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari. Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun). Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia. Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya. Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata, ”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim). Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7). Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu. Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam. Baca Artikel Matematik Lain DISINI Maths-Catch.com/blog "

Wednesday, June 27, 2012

ONCE UPON A TIME....D SUCCESS OF A WORKING MOTHER

16 DECEMBER 2006 http://www2.oum.edu.my/v2/eoumtoday/2006/dec-issue30-2006/page10.php

Mengambil Teladan Uwais Al Qorni

Tazkirah Oleh: kamal_hasan "Ada seorang pemuda dari Yaman bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah S.A.W. Beliau yang berkulit kemerah - merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepada untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya. Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”. Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan - peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. KEINGINAN UWAIS UNTUK BERTEMU RASULULLAH Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika ia pergi, tiada orang yang akan menjaganya. Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. UWAIS MEMOHON IZIN DARI IBU Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Bergerak dari Yaman ke Madinah Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. KETIBAAN UWAIS DI MADINAH Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah kerana berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi S.A.W dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Ia akhirnya, dengan terpaksa memohon keizinan kepada Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu. Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah - tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”. UWAIS SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan Sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sibuk mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar Sayyidina Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali . memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari - hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”. KISAH UWAIS DI DALAM KAPAL DAGANG Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut “Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat. KAPAL YANG TENGGELAM MUNCUL KEMBALI gambar hiasan Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang tertinggal. UWAIS KEMBALI BERTEMU ALLAH Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.) Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal - hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya - tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.http://silverheritage.blogspot.com/"

Monday, May 21, 2012

Ai=Love....My name

dh lama tk masuk entry yg baru....masa dilahirkan, ibu bapaku memberi namaku sebagai Ai....yg membawa maksud sayang=love in English....mungkin sbb tu la walaupun ada yg menyakiti hatiku...tetapku dpt melayan mereka dgn baik, w/pn ketika ku mengetahui mereka mengambil kesempatan atas ku....:(....kerana yang ku khuatiri ialah memutuskan silaturrahim. Whatever it is, i will try my very best to do what Allah wants me to do as a muslim, eventhough sometimes i failed, yet i will always try not to. The time when i had an experience with a person whom i considered very knowledgeable where the law of Allah is concerned; eventually broke my trust, yet i told myself that is excusable, 'cos everyone is human. Nevertheless, it was not an excuse to break a person's heart & forgot what was learnt through the pass years and to me the Quran memorisation was just a something done for the sake of pure memorization & not for practice in life.....i've seen the truth behind this practice....it could just be something like "everyone is doing it, so i'll do it as well" but sad to say it's not done for the sake of Allah.....so the result was the uncontrollable actions done upon others, and of course the actions hurt the other party. Even times when actions done were turned around as the fault of the other party....sometimes this kind of people not only break people's heart, they also shake the faith of others.

Sunday, February 19, 2012

GOLONGAN BENAR DAN GOLONGAN TERSESAT DARI JALAN KERUHANIAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Berikut adalah petikan kata2 mutiaras dari Al-Ghawthul A'zham, Qutb-ar-Rabbaniy, Muhyiddin Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه.


"Orang-orang yang mengikuti jalan kerohanian menuju Allah (salikin) terbahagi kepada dua bahagian atau kaum.

Golongan pertama adalah yang termasuk ke dalam kumpulan Ahlus Sunnah; mereka yang mengikuti peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taqlid buta. Mereka beramal dan hidup menurut peraturan agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka.

Inilah jalan keruhanian yang mereka ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang. Mereka adalah kaum pencinta Allah yang sebenar!

Sebahagian daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit azab hari Qiamat dan kemudian masuk syurga. Namun ada juga sebahagian yang memasuki neraka beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa sebelum masuk syurga. Tiada yang akan kekal di dalam neraka. Yang akan kekal di dalam neraka ialah orang kafir dan munafiq.


Golongan kedua adalah terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang bida'ah. Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi peringatan , “ Kamu, seperti Bani Israil sebelum kamu, seperti umat Isa anak Maryam, akan dibahagikan dan dipisahkan di antara satu sama lain. Sebagaimana mereka mereka-reka dan mengubah-ubah, kamu juga akan mengadakan bida'ah. Dengan masa berlalu dalam bidaah, tentangan dan dosa, kamu akan jadi seperti mereka dan berbuat yang sama. Jika mereka masuk ke dalam lubang ular yang berbisa kamu juga akan mengikuti mereka. Kamu patut tahu Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Kesemuanya dalam kesesatan kecuali satu. Dan orang Nasrani berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan semuanya sesat kecuali satu. Aku bimbang umatku akan dipecahkan kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Ini terjadi kerana mereka mengubah yang benar kepada yang salah dan yang haram kepada yang halal menurut pertimbangan mereka sendiri, untuk muslihat dan keuntungan mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu akan ke neraka, dan kumpulan yang satu itu akan selamat.” Bila ditanya siapakah yang satu diselamatkan itu baginda bersabda, “Mereka yang mengikuti kepercayaan dan perbuatanku serta para sahabatku”.

Golongan sesat ini banyak. Di bawah ini dinyatakan sebahagian daripada jalan bidaah yang dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang mengakui diri mereka orang kerohanian :

1. Hululiyyah – Mereka percaya mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik yang menggiurkan nafsu dan mendorong kepada perzinaan ; samada perempuan atau lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan menari bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut.

2. Haliyyah – Mencari kerasukan zauk dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa syeikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali mereka terpesung jauh daripada perjalanan Nabi صلى الله عليه وسلم yang dalam tindak tanduk mematuhi hukum agama.

3.Awliya’iyyah – mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan Allah. Dengan kata lain mereka telah mencapai peringkat Awlia Allah. Menurut mereka, Apabila telah menjadi Aulia' Allah maka tak perlu solat, puasa, haji dan lain2 Ibadah. (Kononnya semua kewajipan agama terangkat daripada mereka.) Seterusnya mereka mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Nabi. Mereka mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui Jibrail sementara wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan. Pandangan salah tentang suasana mereka dan apa yang mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang membawa mereka kepada bidaah dan kekufuran.


4. Syamuraniyyah– Mereka percaya kalam (perkataan) Allah adalah kekal dan barangsiapa menyebut Kalam ini (Kalam Allah) tidak terikat dengan hukum atau syari'at Agama. Mereke tidak peduli halal atau haram. Dalam ibadat mereka menggunakan muzik. Perempuan dan lelaki bercampur gaul. Tiada beza lelaki dan perempuan, Ini sudah menyimpang jauh dari ajaran Al-Qur'an.



5. Hubiyyah – Golongan ini mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan agama. Mereka tidak memperdulikan tentang pakaian, kadang2 mereka bertelanjang bogel. Tiada lagi perasaan malu. Inilah ajaran sesat dan menyesatkan.



6. Huriyyah – Gemar berteriak , memekik, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis dengan bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub. Mereka dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri.


7. Ibahiyyah– Enggan mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghalalkan yang haram. Bagi mereka semua perempuan halal bagi semua lelaki. Ini ternyata golongan sesat yang akan menerima siksaan pedih!



8. Mutakasiliyyah– Mengamalkan prinsip bermalas-malas dan mencari nafkah dengan meminta sedekah dari rumah ke rumah. Mereka berangapan mereka telah meninggalkan segala hal ehwal dunia. Maka musnahlah mereka di dalam perbuatan mereka.


9. Mutajahiliyyah – Berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti orang kafir, sedangkan Allah berfirman,

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Hud: 113)


Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, “ Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka mereka di kira sebagai ahli kaum itu”.



10. Wafiqiyyah – Mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Dengan ini mereka enggan berusaha mencari hakikat kebenaran. Kerana kebodohan mereka membawa menuju kerosakan dan kesesatan.



11. Ilhamiyyah – Golongan yang mementingkan ilham (semata2). Tidak mahu menuntut ilmu. Mereka melarang belajar, dan berkata Quran adalah hijab bagi mereka. Mereka gunakan puisi karangan mereka sebagai ganti kepada Qur'an. Mereka meninggalkan Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan anak-anak mereka puisi. Maka jadilah mereka sesat!


Demikian banyak ajaran2 sesat dari Guru Sufi Palsu (Guru menyamar sebagai ahli Sufi, bukan Sufi dalam ertikata sebenar)

(tamat petikan Kitab Sirrul Asrar Fi Ma Yahtahju Ilayhil Abrar)



Golongan2 tersesat dari jalan Keruhanian (jalan kesufian yang sebenar) yang di sebutkan oleh Imam Jilani رضي الله عه ; seperti di atas adalah golongan yang wujud pada zaman beliau. Kelompok2 ini terus wujud sehingga sekarang dan akan terus wujud sehingga akhir zaman kerana pada hakikatnya mereka adalah kelompok2 yang mengikuti bisikan Iblis La'natullah yang sedaya upaya menyesatkan menusia!

Sebahagian dari kelompok ini mempunyai pemimpin (guru) yang menggunakan ilmu sihir untuk mengawal murid2nya. Adakalanya guru ini akan memperlihatkan berbagai perbuatan sihir yang mencarikkan adat , kononnya itulah karamah dari Allah padahal semua itu daripada jinn dan syaitan...!

Melihat berbagai kehebatan gurunya dan juga di dalam keadaan tidak sedar (disebakan penguasaan sihir), murid2 ini akan mengikut sahaja segala kata2 Gurunya walaupun menyalahi syari'at . Mereka sanggup menghabiskan wang pendapatan mereka untuk Guru mereka semata2 mengharapkan sebuah 'janji' yang selalu di ungkapkan oleh Guru ini...!

Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi guru ini walaupun berkorban nyawa. Begitulah ta'sub buta yang menguasai diri mereka ini...!

Bukti contoh2 seperti ini sudah banyak dalam masyarakat Islam. Namun lazimnya penyelewengan kumpulan2 ini akan terdedah hanya setelah sekian lama guru batil ini menyesatkan banyak orang2 Islam...!

Maka waspadalah wahai Ummat Islam, jangan mudah terpedaya dengan berbagai 'pertunjukan' kehebatan seseorang guru, tetapi periksalah berdasarkan syarat2 seorang Guru Keruhanian yang sebenar sebelum menjadikannya pemimpin keruhanian kita!

Kesalahan di dalam memilih guru akan membawa padah bukan saja di dunia bahkan akan membawa kemusnahan di akhirat! Wal Iyazubillah!

Wallahu A'lam

Friday, February 3, 2012

ORANG ISLAM SENDIRI PENYEBABNYA

Sepanjang perjalananku selama memeluk agama Islam & cuba mendalami lagi agama ini ku dapati ramai orang Islam yg gagal mendukung agama mulia ini dalam kehidupan harian mereka. Hakikatnya, orang Islam sendiri yg merosakkan imej Islam sendiri.

Apabila berlakunya sesuatu, mereka dengan senangnya menolak, menempeh serta memberi respond dgn menggunakan minda mereka tanpa bersandarkan hukum hakam seperti yg telah dipelajari. Mereka seolah2nya telah lupa apa yg pernah dipelajari & menurut nafsu semata2 dlm delema mengatasi masalah yg dihadapi. Pernah ku melihat orang bergaduh tanpa menghiraukan perasaan org sekeliling, anak bercakap kasar dgn ibu bapa, orang tua menyumpah antara satu sama lain, orang Islam menipu dsbnya. Kesimpulannya salahkan org Islam yg menjadi penyebab kepada semua itu.

Ku melihat dr jauh. Kesianku melihat keadaan ini & kekadangku terasa nak memarahi tindakan mereka. Namun sekali fikir, mereka hanya manusia biasa yg lemah, termasuk diri ku sendiri

. (Terfikir ku pernah mempunyai perasaan marah jua.) Ku pujuk diri agar perbuatan mereka tidak merosakkan iman ku yg telah ku bina selama 30 tahun ini.

Monday, January 16, 2012

SMS Pelaburan Kekal Abadi Selamanya

Begitu mudah untuk buat pahala sekarang pada zaman sains dan teknologi ini. Dengan SMSnya, dengan e-melnya, dengan Twitter dan Facebook dan macam-macam lagi.

Daripada kita sebarkan e-mel atau SMS yang tidak tentu samada dapat pahala atau dosa, lebih baik kita sebarkan SMS dan e-mel galakkan orang berderma, bersedekah dan sebagainya. InsyaAllah akan lebih banyak rahmat Allah turun di bumi Malaysia ini, dan insyaAllah akan berkuranganlah Skim Cepat Kaya, Skim Gores dan Menang dan sebagainya.

Tak tahu apa SMS atau e-mel nak disebarkan, bolehlah tolong sebarkan SMS ini :

“Tawaran RM20 sumbangan bulanan utk Tabung Sekolah Tahfiz Darul Ulum SRIIDU Seremban. Akaun CIMB 05040000993100 Tel Us Nazri 0196644320 Bendahari. Sebarkan”

Atau boleh juga sebarkan artikel di bawah ini melalui e-mel, Facebook, Blog dan sebagainya :

Peluang pelaburan bulanan Sekolah Tahfiz serendah RM20

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Kini terdapat 52 orang pelajar di SRIIDU.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Sehubungan dengan itu SRIIDU membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan bulanan sebanyak RM20 untuk kos pengurusan, makan minum para pelajar dan sebagainya.

Untuk sebarang pertanyaan atau sumbangan sila hubungi :

019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi

019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM

No akaun bank CIMB : 05040000993100

Atau alamatkan ke :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU), No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Untuk keterangan lanjut sila dapatkan di www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah

Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka. (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Sumber http://www.darussyifa.org

Saturday, January 14, 2012

MY DEAR DAD

NAME: GOH THIEN SANG
DATE OF BIRTH: 16/09/1926
PASSED AWAY : 06/01/2012 (Friday)
TIME : 9.45 A.M.
cremated : around 12.00 noon 10/01/2012 (Tuesday)

I received a call from my youngest sister telling me that dad was not conscious that morning. It was devastating for me to go through all this....yet i've to stand up and face the truth of a life cycle...all that lives will have to die one day.

On my way home on Tuesday & with tears in my eyes, I asked myself some questions:

1. Have I ever fed my father with my own hands?....Yes, I had.
2. Have I ever washed his dirty plates?..............Yes, I had.
3. Have I ever washed his dirty clothes?.............Yes, I had.
4. Have I ever bought food for him?..................Yes, I had.
5. Have I ever clean him up?.........................Yes, I had.
6. Have I ever massage him?..........................Yes, I had.
7. Have I ever put him first with my holidays?.......Yes, I had.
8. Have I spent quality time with him when i go home?Yes, I had.
9. Have I make drinks for him?.......................Yes, I had.
10. Have I helped to throw away his urine?............Yes, I had.
11. Have I helped to clean his room?..................Yes, I had.
12. Have I sent home money for his use monthly?.......Yes, I had.
13. Have I ever rushed home to see him when he was not well?...Yes, I had.

......just that? 13 items?...for a father who took care of me for so many years until I could stand up on my own two feet?....How ungrateful I am!....

YA ALLAH! AMPUNILAH DIRIKU YG KERDIL INI SEANDAINYA MASIH ADA KU SEBAGAI SEORANG ANAK TELAH TERCICIR LAYANANKU TERHADAP ORANG TUAKU, YA ALLAH! AKU KERDIL YA ALLAH! SESUNGGUHNYA KEMAMPUANKU TERHAD YA ALLAH! AMPUNILAH DIRIKU, RINGGANKANLAH URUSAN DGN ROH AYAHKU, YA ALLAH!

YG PERLU DIFAHAMI MINDA SEJAGAT

IT'S THE TRUTH THE WHOLE WORLD HAS TO COMPREHEND & GET THE NOTION OF IT. IT'S SOMETHING CRYSTAL CLEAR.

UMAT YG SENTIASA MENANG

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat.”

Huraian:

Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut oleh lidah sahaja, bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut sebagai negara Islam dan mempunyai lambang keislaman, juga tidak bererti kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim.

Kita sering membicarakan tentang Islam akan menang, Islam akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu? Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir. Di manakah kita ketika saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa? Pernahkah kita kenangkan nasib mereka walau sedetik? Pernahkah lidah mengucapkan doa kemenangan untuk mujahid-mujahid Islam ini? Apakah sumbangan kita untuk mereka?

Sebenarnya bangsa atau umat yang menjadi pilihan Allah yang akan sentiasa diberikan kemenangan ialah bangsa MUSLIM yang hidupnya terus memperjuangkan agama Allah sekalipun mereka berlainan bangsa dan warna kulit. Inilah konsep yang unggul mengenai negara dan rupa bangsa yang sentiasa beroleh kemenangan dan kekal merdeka.

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”

(Bukhari)

Huraian:

* Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
* Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.
* Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
* Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.

JANGAN KAMU MARAH!

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: ”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”

(al-Bukhari)

Huraian:

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.

Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lain-lain.

Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

MENTAATI KEDUA IBU BAPA

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim

Huraian:

* Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
* Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
* Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
* Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
* Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

MENGHORMATI BAPA


DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

Riwayat Muslim

Huraian:

* Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.
* Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

PENGHUNI SYURGA IALAH SEBAIK-BAIK MUSLIM

Dari Abdullah, katanya: “Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

(Muslim)

Huraian:

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi.

Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain.

Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.

KELEBIHAN SAYIDINA UMAR DALAM ILMU AGAMA

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a: “Rasulullah SAW pernah bersabda: “Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab.” (Para sahabat nabi SAW bertanya: “Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab:” Itulah ilmu (agama).”

Huraian:

Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang tafaqquh (mendalam ilmu agamanya). Dalam hal ini cuba kita renung sejenak tentang kisah Sayidina Umar Al Khattab RA. Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni semasa zaman jahiliah.

Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti termasuk syaitan sendiri. Apakah rahsianya Sayidina Umar boleh mencapai tahap tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar mendalami ilmu agama. Sungguh banyak pengajaran yang dapat diambil daripada kisah beliau.

Di antaranya, kisah tentang beliau berkata dengan Hajar Al Aswad, kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir, kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama Allah, kisah beliau mengubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju, kisah tentang beliau berhijrah dan lain-lain. Beliau dikenal sebagai khalifah yang paling adil.

Mukmin yang mendalam ilmu agamanya memang lebih ditakuti oleh syaitan berbanding dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang seluk-belok agama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW bermaksud: Seorang Faqih adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang ‘Abid (orang yang banyak beribadat)”(at- Tirmidzi dan Ibnu Majaah)