games of those days

games of those days
sepak bulu ayam...i used to play this when i was young....days when i was staying in Kamunting, Taiping, Perak.

Wednesday, September 21, 2011

Peranan Majlis Agama Islam dalam pengukuhan iman muallaf baru.

Pembuka ceritaku membawa seribu tinta sayu,
Hati terguris, air mata dibawa sang bayu,
Walau iman digoncang laju,
Namun tetap pendirian pegangan tak layu.

Pertama kali ku mendengar aduan dari adik Nurain Meow yg tinggal di K.Lumpur tentang bagaimana dia tidak diberi layanan apabila dia ke Majlis Agama Islam untuk memohon wang zakat untuk menampung keperluan kehidupannya di tengah kota yg sibuk & penuh dengan cabaran. Mulai saat dia membuat keputusan untuk menjadi muallaf baru di alam agama Islam yg suci ini, maka telah bermulalah detik2 cabaran yg hanya kaum muallaf sahaja yg akan memahaminya. Dan hari ini aku telah sempat membaca aduan Nurain tentang seorang muallaf baru yg lain yg sdng mengalami perkara yg sama seperti beliau. Jadi terdetik la di hati ku untuk berkongsi pengalaman dalam blog ini dgn harapan ada yg akan baca & membuat tindakan yg drastik tentang hal ini.

Untuk pengetahuan para pembaca, haruslah tuan2 & puan2 faham bhw untuk seseorang mengambil keputusan utk masuk Islam bukan satu perkara yg senang. Perbagai persoalan berlegar di dalam minda sehingga tidur tk lena, mandi tk basah & makan tk kenyang. Sengsaranya perasaan semasa keputusan hendak dibuat. Tetapi Allah Maha Agung, Dia lebih menyanyangi diri kita sendiri & Dia lah pemberi taufiq & hidayah kpd kami, kaum muallaf.

Saya ingin memberi sedikit pengetahuan berkaitan dengan budaya org cina bila anak sudah bekerja. Ada kewajiban kami bila sudah bekerja untuk memberi sedikit sebyk sumbangan bulanan untuk perbelanjaan ibu bapa kami. Kami dididik begitu rupa dari kecil, iaitu kami perlu mengingati jasa ibu bapa & perlihara mereka di hari tua esok. Jadi apabila seseorg yg berbangsa cina menganuti agama Islam, maka dgn sendirinya dia bukan sahaja dibebani dgn masalah kewangan utk berulang-alik ke pusat pengajian agamanya, malah dia juga dibebani dgn komitmen keluarga di mana komitmen ini sudah menjadi satu perkara yg "top priority" jika dibanding dgn seblm itu, yakni sebelum menganuti agama Islam; di mana sebelum ini jika muallaf yg masih seagama dgn keluarga boleh lagi memberi seribu alasan kpd ibu bapa pd waktu terhimpit & sudah tentu pd masa itu alasan mereka boleh diterima baik berbanding dengan waktu seseorg itu dlm keadaan sudah bertukar agama. Sebab itu adik Nurain Meow tersebut tentang "apa mereka (pegawai2 di majlis agama) ingat kita ni pegi belajar di pusat2 agama Islam pakai tuang air ke dalam tangki kereta kita ke??" Tambah beliau lagi, "mereka tk faham ke kita ada komitmen lain dgn family kita??"

Mengapa agaknya keluarga tidak benar & tidak suka anak2 mereka masuk Islam?? Ini adalah kerana mereka menganggap Islam adalah agama yg mundur & mereka yg masuk Islam akan hidup susah. Apakah ini imej yg dibawa oleh Islam selama ini?? Jika dibanding dengan cerita di awal coretan ini, memang betul lah. Apa tidaknya, pegawai2 di Majlis Agama Islam tersebut tidak hendak menolong atau mempermudahkan
urusan org baru dlm alam seagama mereka. Muallaf biasanya dilihat sebagai bangsa peminta sedekah. Teruk sekali persepsi ini. Ye, memang ada segolongan yg mengambil kesempatan, tetapi bukan kah tidak salah kalau mereka diberi bantuan utk mereka terus berada dalam iman dgn harapan sedikit bantuan yg dihulurkan itu dpt memantapkan iman mereka?? Apakah kita hendak melihat mereka dicaci oleh keluarga asal mereka & apakah kita memberi ruang kpd persepsi songsang keluarga asali mereka terhadap agama Islam yg suci ini??

Kepada mereka yg sempat membaca coretan ini, harapanku ialah baikilah sikap kita yg hanya bagaikan debu di depan mata Allah. Permudahkanlah urusan mereka yg sanggup tinggalkan keluarga & harta demi agama Islam yg suci ini, moga dgn itu kita dapat memartabatkan kedudukan agama yg indah ini.


Aku bersyukur kerana aku diIslamkan di bumi negeri Kelantan, Serambi Mekah ini kerana urusan aku cukup sempurna & kehadiranku di Majlis Agama Islam tidak merupakan pengalaman yg buruk untukku.

Akhirkata, apabila seseorang muallaf memohon bantuan, beri je lah. Permudahkan urusan mereka agar Allah mempermudahkan urusan kita...InsyaAllah. Janganlah sampai tahap mereka terpaksa meminta dgn pihak2 gereja atau kuil...siapa yang bersalah ketika itu?? Sama2 lah kita hayati kenyataan bahawa bermulanya detik seseorg itu mengambil keputusan utk menjadi muslim, dia telah dibuang oleh keluarganya & untuk menyambung balik talian kekeluargaan itu, mereka harus "membeli" hati keluarga mereka dengan pelbagai cara material, akademik, kejayaan hidup dsbnya. Untuk semua itu, maka adalah menjadi kewajiban bagi mereka yg berurusan dengan muallaf2 ini mempermudahkan urusan2 mereka dengan sehabis baik agar dgn itu iman muallaf2 ini akan mapan, mantap & berkembang dewasa.

"TANGAN YG MENGHULUR ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YG MENGAMBIL."

Moga para pembaca mendapat manafaat dari coretan ini.

Monday, September 19, 2011

Dancing orchids



One of my favourite orchids...that makes me feel free and dance my day away.


Kehebatan ciptaan Allah SWT.

Kes DSAI

entah la.....dalam dunia yg kian berubah utk kemajuan kononnya, aku melihat lbh byk fitnah & kerosakan yg sedang berlaku di sekeliling bumi Islam kita ini....Malaysia, tanah tumpah darahku.

fitnah, demi fitnah dibuat yg bukan sahaja melibatkan maruah, malah wang & yg paling pentingnya ialah MASA.  "Demi masa, manusia sentiasa berada dalam kerugian."  Aku tulis sepuntung ayat dr surah Al-Asr ni pun ramai yg tk faham kot.....kalu fhm tk kan membazirkan begitu byk masa demi utk menjatuhkan hanya SATU orang sahaja.  Alangkah lebih baik masa ditadbir dgn baik & dibahagikan untk kerja2 yg lebih manafaat yg boleh MEMAJUKAN DIRI, ANAK2 & KELUARGA DIRI SENDIRI??  Mrk yg terlibat dlm kes ini tk rasa rugi kot sbb mungkin mereka dah dpt bayaran berjuta2 utk bt cerekarama itu.  Haiii.....tk haram ke wang yg mereka dpt tu?  Patutlah cikgu kat sekolah mengajar sampai berbuih mulut2 mrk tp anak2 depa tk jugak pandai2....ish3....tanda balasan2 dr Allah atas rezeki yg tk halal. Cuba fikir la kalau kita sendiri yg difitnah, apa perasaannya nanti??...tkpe kot dia sendiri yg kena fitnah, sbb dia biasa fitnah org lain je, i think so, lucu pulak rasenya....hahhaha.

Tak tau la, mungkin kita org bawahan nih je yg takut pd kuasa Allah kot.  Org2 yg ada power di dunia nih biasanya leka sbb dah nak beli cincin berlian dpt beli, nak enjin rocket pn dpt ambik free je, nak minum wine pn no problem je....semua ni kena ingat hanya dunia semata2, kena ambil kira di alam kubur jugak la.  Timbul persoalan mrk ni sedar ke tidak maut & ajal dtg tk kira waktu? Emm....dgn perbuatan mereka ini, sudah jelas mereka tk sedar....hati dah gelap. Depa nih dah tk takut pd Allah.  Dah ingat boleh petik bintang tnpa izin Allah pencipta segala2 di galaxy ini.....Kena ingat la....doa org yg dizalimi adalah doa yg mustajab....doa ini aku sendiri dah alami & Allah telah makbulkan doa aku, syukur Alhamdulillah.  Malah Allah telah memberiku ganjaran berganda atas kesusahan yg aku lalui.  Semoga begitu jua utk mangsa fitnah yg diheboh2kan di bumi Islam, Malaysia bertuah ini.

depa bacalah link nih....confusing sungguh:

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8841

Sunday, August 7, 2011

Perjalananku dlm dunia agamaku

Tup, tap, tup, tap dah lbh krng 28 tahun ku berada dlm dunia agama Islam yg ku peluk sejak 1983.  Sepjg perjalananku dipenuhi pahit manis pengalaman & apa yg pasti, ku sentiasa merasa kehadiran Allah disisi perjalananku yg penuh dgn onak & duri.


Perjalananku bermula pada awal tahun 1983 di mana ku memeluk agama Islam di hadapan seorg kawan semaktabku disaksikan oleh sahabat kwnku itu.  Pada saat itu, ku digelar Norhidayati.....cahaya hidayah....moga begitu hendaknya sehingga akhir hayatku....amin.


Aku bermula dgn cara2 belajar sembhyng.  Pd permulaannya dgn hnya membuat perlakuan tunduk bangun tnpa bacaan apa2.  Aku diajar niat sembhyng dlm Bahasa Melayu.  Semua itu aku anggap sgt mudah krn tidak perlu ku membaca apa2 pn ayat dlm bahasa asing.  Lama kelamaan, setelah aku bergaul dgn kwn2 seIslam, aku mula belajar sedikit demi sedikit surah yg wajib dibaca dlam sembhyang & surah kecil.  Pada permulaan bacaan ku byk kesalahan.....tetapi Allah maha berkuasa....Dia telah memberiku kemampuan untuk memperbaiki bacaan ku....Syukur Alhamdulillah.


Setelah sekian lama....aku telah dpt menghabiskan bacaan Quran sebyk hanya 2 kali....tetapi masih dgn adanya bacaan yg tidak betul....=(....Ya Allah, perbetulkan lah lidahku, mudahkanlah ingatanku, baikilah kelemahanku....Amiiiiiin.


Aku bertekad utk memperbaiki lagi bacaanku....I will try my best supaya pada hari Allah memanggil ku kembali, aku harap usaha ku adalah kepuasan Illahi....moga begitu hendaknya..... Amiin.

Wednesday, August 3, 2011

Pecat kakitangan MAIS yg tk mesra dgn muallaf!!!!!

by Norhidayati Goh Abdullah on Wednesday, August 3, 2011 at 8:24pm
Petang tadi sempat ku bersembang2 dgn sorang muallaf yg baru berumur 3 bulan & ini adalah puasa beliau yg pertama.....MasyaAllah....ujian yg perlu dilalui......amat memalukan bagi segolongan kaum muslim lahiriah....Ya Allah....

Begini keluhannya bila Ain ke MAIS (Majlis Agama Islam Selangor):

Nur Ain: Bukankah Islam mengajurkan kita supaya sentiasa berprasangka baik nak nak pula orang yang terbuka hatinya untuk berjinak jinak dengan Islam (Muallaf),tetapi kesnya di KL@ Selangor yang saya tahu&pernah lalui sendiri,memang amat sukar untuk mendapatkan bantuan sebenarnya, nasib baik ada kumpulan @ individu yang membantu,kalau nak harapkan badan badan berwajib ni,bila kata tak ada rumah, bagi tempat tinggal ye, siap ada sediakan makanan untuk dimasak sendiri lagi dalan rumah tu,alhamdulillah,duit belanjanya mana? ingat Malaysia ni guna sistem barter ke? Tak perlu bantuan kewangan?Awak tahu ke life orang tu mcmana sebelum, komitmen dia dsbgnya wpun setelah bergelar Islam dia nak hijrah hidup baru.Semua tu kena fikir secara logiklah kan....

bukan nak kata apa, sesiapa yang nak ke badan berwajib ni untuk minta bantuan,mesti sediakan mental yang kuat, jangan jadi macam saya, mental tak kuat. pergi ke MAIS ambik berjam jam nak approve RM200 wang kecemasan yang cuma boleh di minta SEKALI SETAHUN sahaja.kemudian ke rumah perlindungan pula, orang yang patut jaga saudara baru cuma tau gossip saja...tak kena kat batang idung sendiri boleh lah komen macam macam pasal saya.huh! marah ni setiap kali teringat.....sedih!

It's okay lah sis Norhidayati Goh Abdullah ... Ain dah had enuff already. I prefer to seek help from individuals rather than these 'bodies' anymore.....nanti diorang sendiri jawab di akhirat.

Dahsyatnya perasaan Ain.....tapi tk pelik pun....memang benda ini berlaku dgn sikap buruk dlam diri individu yg digelar muslim & sanggup angkat tangan setinggi2nya bila ditanya siapa beragama Islam.....malah depa yg angkat tangan dahulu....MEMALUKAN AGAMA ISLAM YG SUCI!!!!
Kawan2ku.....masih ingat lagi peristiwa lbh kurang 10 tahn lepas? Sorang Indian muslim telah ke majlis agama Islam utk memohon bantuan kewangan & akhirnya kecewa krn diarah dr kaunter A ke Z tanpa mendapat bantuan itu. Lepas itu beliau telah berjumpa dgn sorang paderi yg tlh menghulurkan bantuan kpdnya & Indian muslim itu telah memberi anaknya pendidikan di sekolah paderi (missionary school).....Siapakah yg akan bertanggungjawab jika ditakdirkan Indian muslim ini menjadi kafir pd masa itu atau akan dtg (tk hairan jika berlaku) generasi dr Indian muslim ini menjadi kafir??????????

Minta jauh lah Ya Allah.....perliharalah keturunanku dr ujian sedemikian....amin

Peristiwa sedimikan wajib diberi perhatian serius dr pihak berkuasa agar tidak terus berlaku kerana PERBUATAN sedemikian boleh MENGONCANG IMAN sorang yg baru ke dunia agama Islam yg murni ini.

Sunday, July 31, 2011

Colours of a rainbow: more about antidote for cancer/ antidot untuk kanser

Colours of a rainbow: more about antidote for cancer/ antidot untuk kanser

http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000925924536

more about antidote for cancer/ antidot untuk kanser

2 bulan yg lepas kawn sekerjaku telah mintaku belikannhya kapsul keladi tikus sbyk 3 paket.  2 diberi kpd emak saudaranya yg menghadapi cancer hidung (asalnya resdung) & 1 lagi diberi kpd ibu kwn karibnya yg menghadapi ketumbuhan di dalam rahim (yg mana perutnya buncit & sehingga kain tidak muat dipakainya.)

kes 1 selepas makan kapsul itu bersama madu, hidung emak saudara kawanku yg sentiasa berdarah itu telah berhenti pendarahan.....Syukurku pd Allah & lega rasa hatiku krn itu.

kes ke2 selepas makan kasul keladi tikus, ibu kwn karib teman sekerjaku telah boleh memakai kembali kain nya yg dahulu tk muat krn perutnya yg buncit telah kembali seperti sedia kala.  ***selepas makan kapsul keladi tikus itu, pesakit mengalami turun darah (seperti haid) selama beberapa hari & segala kekotoran yg ada dalam perutnya telah dikeluarkan sehingga lah perutnya yg buncit telah kempis semula....Syukur pd Allah krn telah mengizinkan ketemuan hambanya dgn ubat keladi tikus ini.

Leganya di hati kerana dpt bantu meringgankan derita dua org lagi yg sakit kanser....Syukur padaNYA.

nak tau lebih?? lihat website ini lah:
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000925924536